PRK Pelangai: Undi Calon BN Kukuhkan Lagi Kestabilan Di Pahang – Dr Shamsul

BENTONG, 6 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pengundi di Pelangai perlu menggunakan peluang yang ada untuk memilih calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan Sabtu ini agar kemenangan tersebut dapat mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan di Pahang.

Menurut beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, pelbagai manfaat akan diperolehi oleh rakyat dengan wujudnya kestabilan apabila kerajaan negeri dapat memberi tumpuan kepada soal pentadbiran sebaiknya.

“Maka, dengan kukuhnya Kerajaan Perpaduan di Pahang ia akan lebih membawa manfaat kepada rakyat kerana kerajaan negeri mampu memberikan fokus kepada membantu dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi ketika ini pelbagai perkara baik sedang kerajaan lakukan termasuklah membangunkan ekonomi, melengkapkan prasarana terutama yang penting menjaga kebajikan rakyat.

“Yakinlah, memilih calon BN bermakna rakyat di Pelangai mempunyai pemimpin yang akan menjadi wakil bagi menyuarakan apa juga perkara berkaitan kepentingan rakyat di Pelangai. Ini tentunya akan membawa faedah besar kepada rakyat di Pelangai,” ujarnya.

Terdahulu beliau beramah mesra dengan anak muda setempat pada program Malam Santai Madani Anak Muda Felda, di Dataran Ilmu Felda Chemomoi, di sini malam tadi.

PRK DUN Pelangai diadakan ekoran kematian penyandang Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat ringan yang di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Oktober sebagai hari pengundian bagi memilih wakil rakyat baru kawasan itu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.