Veteren UMNO Sifatkan Pemuda PN Penghasut, Ajar Peneroka Felda Tidak Syukur Nikmat Allah

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Veteran UMNO Malaysia membidas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari yang menyeru peneroka Felda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai supaya tidak mengenang jasa UMNO/Barisan Nasional (BN).

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata kenyataan itu sebagai menghasut dan tidak Islamik dengan mengajar peneroka supaya tidak bersyukur dengan nikmat Allah.

“Hanya pemimpin yang berperangai Abu Jahal sahaja yang menyeru umat supaya tidak tahu bersyukur dan kufur kepada nikmat Allah.

“Dalam Al-Quran Allah dengan jelas memberi peringatan “Sekiranya kamu wahai manusia tahu bersyukur di atas nikmat Aku, maka akan Ku tambahkan lagi nikmat itu. Tetapi sekiranya kamu kufur ingkar terhadap nikmat Ku, maka ketahuilah azab Ku amat pedih”,” katanya.

Jelas Mustapha lagi tindakan itu dilakukan sebagai cubaan mengalih tiktik kempen setelah gagal menjual Islam dan syurga kepada peneroka dengan mengundi Pas.

“Tindakan pemimpin Pas seperti itu jelas mengajar peneroka supaya menjadi orang yang tidak bersyukur dan mengenang budi.

“Oleh itu Veteran berharap peneroka Felda di Kemasul, Chemomoi dan Kemahal tidak terpedaya dengan hasutan dajjal yang bertopengkan agama Islam,” ujar beliau.

Terdahalu, Ahmad Fadhli pada ceramahnya di Pelangai mengingatkan pengundi Felda bahawa kini bukan lagi masa untuk bernostalgia dengan segala jasa UMN0/BN.

PRK Pelangai ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.