Sudah Terbukti UMNO Lebih Perjuangkan Islam Berbanding Pembangkang – Ahmad Maslan

BENTONG, 3 Okt – UMNO lebih jauh di hadapan dalam memperjuangkan Islam di negara ini berbanding parti pembangkang, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, pembangkang hanya muflis idea dan berpolitik menggunakan agama, berbeza dengan UMNO yang berpolitik untuk manfaat agama.

“UMNO yang sebenarnya memperjuangkan Islam daripada mereka. UMNO yang membina masjid, surau jauh lebih banyak daripada mereka. Ini membuktikan pembangkang muflis idea dan hanya memutarkan perkara yang sama.

“UMNO yang membawa negara ini ke mercu kejayaan, memastikan kemiskinan dapat dibanteras… di Felda ini dengan keputusan pemimpin UMNO, Allahyarham Tun Abdul Razak, maka yang miskin tegar 112,000 keluarga menjadi tidak miskin kerana diberi sepuluh ekar tanah, suku ekar tapak rumah dan rumah. Itu semuanya adalah dari pemimpin UMNO,” katanya ketika ditemui UMNO Online di sini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan menjelaskan sekiranya pengundi memilih calon kerajaan, ia memberi petanda bahawa mereka memilih pembangunan dan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri, sekaligus sebarang masalah setempat yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

“Tidak ada faedah menyokong pembangkang kerana telah ditetapkan kerajaan ini adalah Kerajaan Perpaduan, maka harus sokong calon BN.

“Kerajaan negeri dan pusat telah ditentukan maka sokong Kerajaan Perpaduan untuk memastikan segalanya dapat diteruskan.

“Golongan muda mahu calon yang sederhana seperti Datuk Amizar Abu Adam adalah yang sesuai untuk dipilih seterusnya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai dan dapat meningkatkan, membawa banyak perubahan, pembangunan di kawasan ini,” ujarnya.

PRK kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila calon Perikatan Nasional Kasim Samat, bebas Haslihelmy dan calon BN Datuk Amizar Abu Adam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari Sabtu 7 Okt ini hari mengundi di Pelangai sementara Selasa, 3 Okt sebagai hari pengundian awal. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.