Jangan Biarkan Hasutan, Persepsi Atasi Prestasi Kerajaan Negeri Pahang

BENTONG, 3 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam mengingatkan rakyat di kawasan itu untuk tidak membiarkan hasutan, sentimen dan persepsi mengatasi prestasi yang telah terbukti.

Jelasnya, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Persekutuan bagi memudahkan kehidupan seharian rakyat.


“Datuk Amizar Abu Adam ini untuk semua. Jangan biarkan hasutan, sentimen dan persepsi mengatasi prestasi yang telah terbukti. Sudah banyak inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dan Persekutuan lakukan.

“Skim Tanah Warisan, Skim Tanah Rakyat, Bantuan Prihatin Pahang yang merangkumi Pahang Pride Kasih, Pahang Pride Kid dan Pahang Pride Student. Banyak lagi sebenarnya bantuan dan inisiatif kerajaan buat rakyat Pahang termasuklah di Pelangai ini.

“Itu belum lagi kita ambil kira peruntukan daripada Felda kepada ketiga-tiga buah Felda di Pelangai. Lampu jalan, pusat dialisis dan perhubungan internet yang diperuntukkan untuk semua Felda seluruh Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Menurutnya, beliau menerima sambutan yang amat memberangsangkan setelah masuk hari kesepuluh berkempen dan turut mempersiapkan diri untuk memberi khidmat kepada rakyat di kawasan tersebut.

“Datuk Amizar Abu Adam ini hanya sebagai wakil dan suara ibu-ibu, ayah-ayah dan abang adik semua di #PelangaiKita.

“Sudah masuk hari kesepuluh, maklum balas yang saya terima amat memberangsangkan. Ada yang teruja. Ada yang sedia menyokong. Ada juga yang bagi pesanan. Ada yang menyatakan hasrat mereka.

“…yang pasti, saya persiapkan diri saya sepenuhnya untuk berkhidmat kepada semua. Untuk meneruskan legasi dan perjuangan, sokongan daripada semua harus saya perolehi terlebih dahulu,” katanya lagi.

Amizar, Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong dinamakan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai, 7 Okt ini.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandang Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada petang 17 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon berlangsung pada 23 Sept lalu manakala 3 Okt sebagai hari undi awal. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.