Perlawanan Persahabatan Pemuda UMNO Meriahkan Siri Kempen PRK Pelangai

BENTONG, 30 Sept – Siri Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menyaksikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan bersama pasukan belia Pelangai.

Pasukan Pemuda UMNO Malaysia diwakili Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan pemain-pemainnya terdiri Naib Ketua Pemuda, Mohd Hairi Mad Shah serta exco-exco pergerakan pemuda UMNO.

Perlawanan petang semalam yang bermula pada pukul  6.00 sarat dengan aksi yang pelbagai dan masing-masing menunjukkan kebolehan di atas padang.

Suasana terus hangat dengan rentak tempo berbalas aksi serang menyerang antara kedua-dua pasukan yang diadakan di Padang Felda Sungai Kemahal.

Azlee Senario yang turut serta pada perlawanan persahabatan berkenaan menceriakan suasana dengan celoteh beliau mencuit penduduk setempat  yang menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut.

Turut hadir exco negeri Pahang, Datuk Mohd Nizar Mohd Najib dan pimpinan lain.

Perlawanan yang penuh semangat kesukanan itu menyaksikan keputusan 1-1- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.