Hairi Harap Pengundi Pelangai Buat Pilihan Tepat, Undi BN 7 Okt Ini

BENTONG, 30 Sept – Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hairi Mad Shah berharap aura kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram baru-baru ini akan turut sama dikecapi di Pelangai pada 7 Oktober nanti.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Johor seterusnya menambah kali ini Barisan Nasional (BN) meletakkan calonnya, Datuk Amizar Abu Adam pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai adalah calon daripada parti yang membentuk kerajaan negeri serta di peringkat kerajaan pusat.

“Saya percaya dan yakin masyarakat Pelangai bijak memilih. Kita perlu seiring dengan kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan perpaduan dan kerajaan negeri hari ini.

“Selepas ini saya dan kawan-kawan termasuklah pimpinan daripada negeri lain yang datang membantu kempen BN akan balik ke kawasan masing-masing dan penduduk DUN pelangai yang akan meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

“Jadi tentunya pilihan yang perlu dibuat pada 7 Okt ini adalah satu pilihan yang benar-benar tepat dan semestinya calon BN, Datuk Amizar Abu Adam mempunyai kriteria untuk dipilih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sembang Santai Segalanya Felda yang turut dihadiri Pengerusi Felda, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan pimpinan lain.

Hairi seterusnya berharap penduduk setempat khususnya kalangan pengundi tidak mudah terperangkap dengan segala anasir yang sepanjang kempen PRN berlangsung.

“Saya harap 7 Okt ini pangkah BN kerana apa…h ari ini kita berkerajaan siapa… kerajaan perpaduan. Datuk Wan Rosdy Menteri Besar Pahang banyak melakukan pembangunan serta pelan-pelan yang akan datang.

“Sekali lagi saya merayu dan memohon agar janganlah tersalah pilih… jangan sesekali terpedaya dengan anasir tipu daya yang dibuat oleh PN. Pembangkang hanya mainkan isu merapu sahaja,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.