Rahman Percaya Pengundi Pelangai Akan Pilih ADUN Yang Bersama Kerajaan Negeri Dan Pusat

BENTONG, 27 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad percaya masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai akan memilih calon daripada parti yang ada kebersamaan kerajaan negeri dan pusat.

Selain itu menurut beliau kemampuan dan ketokohan calon juga akan menjadi pertimbangan kepada mereka khususnya pengundi yang akan membuang undi pada 7 Okteber nanti.

“Kita kehilangan pemimpin yang mempunyai wawasan yang begitu jauh sekali iaitu Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dan ini merupakan satu kerugian besar kepada masyarakat Pelangai dan khususnya di negeri Pahang.

“Dan pada PRK ini, kita mendapat pula seorang pemimpin tempatan iaitu calon yang akan mengganti dan bertanding pada PRK ini iaitu Datuk Amizar Abu Adam.

“Melihat latarbelakang beliau, saya percaya calon yang diketengahkan ini merupakan seorang tokoh yang berwibawa dan merupakan anak tempatan untuk membantu di kawasan beliau sendiri. Itu pentingnya anak tempatan dan tokoh muda,” katanya kepada UMNO Online.

PRK DUN Pelangai adalah yang ketiga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 berlangsung lebih 10 bulan lalu. Pada bulan lalu PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai menyaksikan kemenangan berpihak kepada calon PH daripada parti Amanah.

Berdasarkan rekod, DUN Pelangai mulai dijadikan kawasan DUN pada 1986 dan sejak itu ia diwakili wakil rakyat daripada BN, dengan bekas Menteri Besar Pahang, yang pernah mewakili kawasan itu selama lapan penggal (1986-2022).

PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandang kerusi itu diisytiharkan kosong susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, di Shah Alam, Selangor, bulan lalu. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.