PM Anwar Pengerusi Mesyuarat Kabinet Di Kuching

KUCHING, 16 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Wisma Bapa Malaysia, di sini.

Kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan di Wisma Bapa Malaysia pada 2.20 petang, disambut oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung kira-kira lebih tiga jam itu ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hampir kesemua Menteri Kabinet hadir termasuklah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Sejurus selesai mesyuarat itu kira-kira 6 petang, Anwar meninggalkan wisma berkenaan bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, di sini malam ini.
BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.