Kibaran Sang Saka Bangsa Gamit Pengunjung Meriahkan PAU 2023

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Tirai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 akan bermula hari ini dengan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ berkibaran memenuhi seluruh ruang Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini.

Sang Saka Bangsa adalah cerminan perjuangan orang Melayu selaras dengan slogan penubuhan UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Semangat ini juga termaktub di dalam Perlembagaan parti yang menuntut ahli parti memperkukuh komitmen untuk berjuang mendukung cita–cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa, dan negara.

Tinjauan UMNO Online mendapati bendera UMNO (Sang Saka Bangsa) telah dipasang seluruh bangunan dan rancak mewarnai di sekitar WTCKL sekaligus menggamit semangat ahli parti agar terus kekal relevan serta menjadi teras kepada penyatuan orang Melayu di negara ini.

Dalam masa yang sama kain rentang yang mengalu-alukan kehadiran perwakilan pada PAU 2023 turut dipasang.

Bukan hanya di bahagian luar bangunan WTCKL, tidak ketinggalan juga ‘Sang Saka Bangsa’ turut mewarnai sepanjang ruang legar sehinggalah di dalam Dewan Merdeka.

‘Sang Saka Bangsa’ merupakan nama yang diberi kepada bendera UMNO secara rasminya dan menjadi wadah perjuangan bangsa Melayu.

Maksud dan pengertian bendera ini Sang; adalah gelaran yang bersopan, dipakai pada orang-orang zaman dahulu kala. Gelaran ini menunjukkan kesopanan dan tingginya budaya orang Melayu.

Saka; pula ialah peninggalan sesuatu keturunan Melayu yang berkaitan dengan rohaniah atau semangat sebagai kewibawaan keturunan tersebut.

Bangsa; membawa maksud ‘Orang Melayu’ yang menjadi bangsa yang berdaulat dan bangsa yang diperjuangkan hak dan maruahnya oleh UMNO. – UMNO Online

[the-post-grid id="151977" title="post"]
@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.