Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Banjir Monsun Timur Laut

KUANTAN, 19 Jan — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada salah seorang daripada mangsa banjir pada Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Daerah Kuantan 2022/2023 di Dewan Sekolah Kebangsaan Pelindung, Balok hari ini.
Seramai 206 mangsa banjir di daerah Kuantan menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 hari ini.
Bagi seluruh negeri Pahang, jumlah mangsa yang terlibat ialah 802 orang dan kerajaan negeri akan menyelesaikan penyerahan sumbangan wang ihsan tersebut sebelum 16 Februari ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.