Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bank Muamalat

KUANTAN, 6 Jan — Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohamad Nizar Mohd Najib (tengah) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin (kiri) bergambar bersama penerima selepas menyampaikan replika cek sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Muamalat Malaysia yang terdiri daripada beberapa buah masjid dan rumah kebajikan terpilih hari ini.
Bank Muamalat hari ini secara rasminya telah membuka cawangan baharu yang kelima di Pahang dan ke-68 di Malaysia yang akan memberi kemudahan perkhidmatan perbankan yang lengkap kepada hampir 248,946 penduduk setempat.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.