Kunjungan Hormat Ke Markas TUDM

KUALA LUMPUR 29 DISEMBER — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hj. Hasan mengadakan kunjungan ke Markas TUDM dan menerima taklimat di bilik mesyuarat, Panglima Tentera Udara berhubung tugas, peranan dan hala tuju strategik TUDM. Juga diperjelaskan berkenaan tugas-tugas operasi TUDM serta operasi bersama yang melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), penggunaan sumber manusia sebagai aset terpenting organisasi serta cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh TUDM.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.