Majlis Menandatangani Perjanjian

KUANTAN 27 DISEMBER – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Di Antara Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan MHT SILICA SDN. BHD. (MSSB).
Perjanjian pajakan ini telah ditandatangani oleh YH Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP dan Puan Nadiatul Amaleen binti Muhammad Husain Tan, Pengarah Syarikat MSSB.Projek ini dijangka akan membuka peluang pekerjaan kepada 1000 orang penduduk tempatan serta menaiktaraf ekonomi masyarakat setempat dan Negeri Pahang akan menjadi salah satu pengeluar pasir silika terbaik di dunia.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.