Pertemuan Bersama Masyarakat Setempat

KOTA TINGGI 23 DISEMBER – Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dengan penduduk di Balai Raya Kg. Sungai Sembilang berkenaan isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan ini dan berusaha untuk mengatasinya.Beliau turut menerangkan sebab BN bersama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Turut hadir bersama YB Muszaide Bin Makmor, Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi merangkap ADUN Sedili, YB Norliza Mat Noh merangkap ADUN Johor Lama serta kepimpinan cawangan dan masyarakat setempat.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.