Ziarah Keluarga Mangsa Amukan Gajah

KUALA LIPIS 7 DISEMBER—Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd singgah ke Kampung Simoi Lama bagi menziarah keluarga mangsa yang terkorban akibat dipijak gajah yang terjadi pada hari semalam. Beliau amat berharap agar pihak berwajib akan segera mengambil tindakan terhadap kumpulan gajah liar tersebut agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.