PRU15: BN Terima Dan Hormati Keputusan Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Demikian maklum Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan media berhubung keputusan PRU15.

Katanya, BN menganggap bahawa keputusan PRU-15 ini merupakan suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat.

“Namun begitu, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini.

“BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini.

“Dalam masa yang terdekat BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” katanya yang juga Presiden UMNO. – UMNO Online
[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/11/KENYATAAN-MEDIA-19-NOV-2022.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.