‘Dry Run’ Lancar, Lihat Segala Aspek Lain Yang Perlu Diperkemaskan – Norshida

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Kesiapsiagaan jentera parti menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 boleh dikatakan sedang dilaksanakan di pelbagai peringkat UMNO bahagian seluruh negara dalam usaha melancarkan gerakan dan pelarasan parti kelak.

Dalam apa jua keadaan tentunya persediaan jentera baik UMNO peringkat bahagian itu sendiri termasuklah Wanita, Pemuda serta Puteri dan pelbagai usaha lain sedang giat dilaksanakan.

Begitu jugalah di Segamat apabila berlangsungnya ‘dry run’ semalam yang menyaksikan penglibatan akar umbi dan bagi Ketua Wanitanya, Datuk Norshida Ibrahim melihat kelancaran berkenaan membuktikan kesiapsiagaan di peringkat akar umbi untuk melaksanakan amanah.

Berkongsi dengan UMNO-Online, beliau menyifatkan ‘dry run’ itu sebagai proses biasa apabila menjelangnya pilihan raya dan ianya akan memberi ruang untuk melihat serta membuat penilaian apakah yang perlu diperbaiki dan sebagainya lagi.

“Alhamdulillah selesai ‘dry run’ yang berlangsung semalam di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Parlimen Segamat. Terima kasih di atas kerja sama dan komitmen ketua-ketua cawangan, kesayangan saya ketua-ketua wanita dan semua yang terlibat menjayakannya,” katanya.

Kata beliau lagi kelancaran ‘dry run’ di setiap PDM membuktikan akar umbi sentiasa bergerak dan apa yang utama tentunya untuk membantu kemenangan parti pada PRU nanti.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO turut mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bersama Wanita UMNO Segamat dalam usaha mengatur serta melicinkan lagi segala persiapan yang perlu dilakukan.

“Ukhuwwah yang kuat akan mengikat pemimpin dan barisan pengikut. Ibarat aur serta tebing yang saling memperkuat.Terima kasih Wanita Segamat sentiasa berdiri teguh bersama,berpadu serta saling menyokong demi parti yang kita sayangi,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.