Presiden UMNO Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi British, Hargai Jalinan Hubungan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay di Ibu Pejabat UMNO, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan kira-kira satu jam yang bermula pada pukul 11.00 pagi.

Berlangsung dalam suasana mesra ianya didahului jamuan ringan yang kemudian disusuli perbincangan berkaitan isu-isu semasa.

Pada akhir pertemuan terbabit, Ahmad Zahid dan Hay melakukan pertukaran cenderamata.

Turut hadir ketika pertemuan tersebut adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.