Tak Perlu Percaya… Apabila Wan Saiful Buka Mulut Rasa Loya Nak Muntah – Dr Najmil Faiz

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Kita tak perlu percaya dengan kata-kata penulis Manifesto Pakatan Harapan (PH) kerana waktu beliau berada dalam kerajaan PH pun beliau pernah dilapor ‘Wan Saiful akui tak cukup data ketika tulis manifesto Harapan’, demikian tegasnya Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Ini kerana katanya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melayan kerenah kelompok pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang terus-menerus mendesaknya memberikan jawatan tersebut.

“Bila si pembohong buka mulut (Wan Saiful), rasa nak muntah dan loya tekak saya. Begitulah sikap PPBM terutamanya penulis Manifesto PH yang tidak pernah penat mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberikan mereka jawatan.

“Jadi main tulis hentam buta sahaja ke? Biar seluruh negara tertipu dengan manifesto kamu. Kini beliau cuba berbohong lagi.

“Mereka ini kalau jumpa Perdana Menteri berkali kali pun tapi masih tidak dapat jawatan pasti mereka terus meroyan. Tiada langsung rasa simpati pada kesusahan dan derita rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata ketika Perdana Menteri bertungkus-lumus meningkatkan serta membangunkan ekonomi negara, puak-puak seperti ini terus bersikap ‘opportunist’.

“Jaga sahajalah parti kamu. Kata Perikatan Nasional (PN) akan menang besar. Kita tunggu sahaja gelanggang dibuka.

“Teruskan kita bekerja membangunkan negara bersama Datuk Seri Ismail Sabri dan usah dilayan puak ‘opportunist’ dan pembohong ini,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.