Isu LCS Berkeutamaan Tinggi: SPRM, Peguam Negara Mesti Segera Dakwa Pihak Yang Menyeleweng

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO tetap berpendirian tegas agar Suruanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara segera bertindak berhubung kemelut yang melanda di dalam projek kapal tempur pesisir (LCS).

Tegas Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pihak berkuasa mesti mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku sama ada pecah amanah, menipu, rasuah atau apa jua bentuk penyelewengan hingga menyebabkan kelewatan menyiapkan enam 6 kapal tersebut.

“Selagi tiada pendakwaan selagi itulah persepsi dan pelbagai naratif fitnah akan terus dicipta dan ditular bagi menjatuhkan seteru politik terutamanya menjelang pilihan raya.

“Isu ini adalah isu berkeutamaan tinggi kerana melibatkan aset-aset pertahanan dan keselamatan negara yang melibatkan wang rakyat yang sudah dibelanjakan sehingga RM6 billion,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru tambah Dr Asyraf lagi, keutamaan harus diberikan untuk pihak SPRM segera menyelesaikan siasatan jika apa yang dilaporkan oleh Jawankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjurus kepada pembuktian bahawa wujud penyelewengan dan salah laku mana-mana individu termasuk berprofil tinggi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.