Antara LCS Dan Projek Kereta Terbang… Mana Satu ‘Halimunan’ – Azhari

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari menimbulkan persoalan berkaitan projek kereta terbang oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang sehingga kini tidak menampakkan bayang.

Secara sinis beliau melontarkan persoalan kepada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apakah mereka tidak mahu membuat lawatan untuk melihat secara dekat sama ada wujud atau sebaliknya projek berkenaan.

“Antara projek paling halimunan oleh kerajaan PH yang Rafizi dan Syed Saddiq pun tak perasan kewujudan projek ini. Saja nak tanya. Yang ini boleh buat lawatan tak wahai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman?

“Rafizi Ramli? Tak nak bongkar ke jerung-jerung dalam Kereta Halimunan? Ikutkan pada tarikh berita ini pada 20 Ogos 2019. Lagi beberapa hari lagi nak masuk tiga tahun dah. Takkan tak siap-siap lagi,” soalnya.

Kata beliau lagi dalam satu kenyatan kepada UMNO-Online, jika projek berkenaan di bawah Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan timbul pelbagai cerita yang akan dijaja.

“Kalau projek ini projek dibawah BN dah lama dah Rafizi Ramli berkokok kata ‘kereta halimunan’. Tapi memang sampai sekarang halimunan walaupun masa tu menteri PH kata dah nak siap 85%. Ini betul dan bukan fitnah,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.