Sampaikan Amanat

KUALA LUMPUR 4 Ogos–Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid bergambar bersama pelajar tajaan Mara selepas menyampaikan ucapan amanat dan pesanan kepada 1,246 pelajar tajaan MARA yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara di ibu negara pagi tadi.
Kesemua mereka dijangka berangkat ke 15 buah negara bermula September ini iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Kanada, India, Sepanyol, Rusia, Perancis, New Zealand, Ireland, Jerman, Jordan, Belanda, Sweden dan Korea Selatan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.