Veteran UMNO Pemangkin Kepada Parti – Othman Desa

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Pengiktirafan kepada Veteran UMNO adalah penting kerana mereka merupakan pemangkin kepada parti.

Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkata, Veteran UMNO bukanlah sayap namun ianya seperti kelab yang ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Veteran UMNO ini bukan sayap. Veteran UMNO ini seperti kelab ditubuhkan oleh MT supaya ianya dapat memberi peluang kepada tokoh-tokoh lama yang sudah lama berjuang seperti ketua cawangan, jawatankuasa bahagian, ketua wanita, ketua pemuda, bekas2 yang tidak mempunyai jawatan dalam parti di pelbagai peringkat untuk terus kita membantu UMNO.

“Jadi sebab itu pengiktirafan ini, bagi yang tak tahu, dan kadang-kadang nak hadap pilihan raya ni, satu pengiktirafan yang kita minta daripada presiden dan daripada MT, kepada perhubungan dan perhubungan pula kepada bahagian-bahagian supaya senang buat kerja,” katanya kepada UMNO Online.

Menurut Othman lagi, perlunya ada pengiktirafan dan setiap bahagian mesti jelas tentang kewujudan Veteran UMNO kerana semangat veteran ini sudah mula bangkit.

“Kami ini ialah pemangkin kepimpinan UMNO dan bukannya pesaing. Supaya nampak cantik, perlunya ada pengiktirafan dan juga setiap bahagian mesti jelas kewujudan veteran sebab semangat veteran dah mula bangkit.

“Contohnya seperti di Johor. Veteran UMNO di Johor hebat jadi Insya-Allah di negeri-negeri lain pun akan hebat begini juga,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.