Peranan Guru Perlu Selari Dengan Kerajaan, Sejahterakan Rakyat – Bung Moktar

SANDAKAN, 4 Julai – Peranan guru perlu selari dengan usaha yang dilakukan kerajaan dalam mensejahterakan rakyat khususnya bagi mempersiapkan generasi muda menghadapi perubahan di masa hadapan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata seperti kerajaan, guru juga memainkan peranan penting dalam menyediakan platform terbaik untuk anak muda sekarang ke arah menghadapi perubahan itu.

“Kita tidak tahu apa akan berlaku di masa depan, jadi kita kena berubah untuk menjadi diri kita sejahtera dan juga boleh mensejahterakan orang lain,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Kinabatangan di sini hari ini.

Katanya dalam melaksanakan peranan selaku penjana tranformasi pendidikan, nilai-nilai seperti jujur, amanah, bertanggungjawab, akauntabiliti, sahsiah diri serta berupaya mengawal emosi tidak harus diabaikan,.

Bung berkata guru adalah suri teladan kepada keberkesanan pendidikan bukan sahaja kepada pelajar di sekolah, malah kepada masyarakat. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.