Sertai Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair, Tawar 20,000 Peluang Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Buat semua yang masih mencari pekerjaan dan ingin mengembangkan kerjaya, jangan lupa hadir beramai-ramai ke Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 24 Jun sehingga 26 Jun 2020 dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Lebih 20,000 tawaran pekerjaan menanti pencari kerja termasuk pelbagai peluang bantuan dan sokongan pembiayaan, tawaran rumah mampu milik dan juga latihan meningkatkan kemahiran.

Tambahan daripada itu, penganjur iaitu Pergerakan Pemuda UMNO/BN menyediakan pelbagai kemudahan antaranya bimbingan kerjaya, klinik resume, on-the-spot interview dan pelbagai lagi.

Jangan lupa datang beramai-ramai. Ajak bersama keluarga dan rakan-rakan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.