Menyampaikan Cenderahati Dan Menyantuni Para Jemaah

SEPANG, 20 Jun — Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kiri) berkenan menyampaikan cenderahati dan menyantuni para jemaah pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci Mekah Musim Haji 1443H/2022M di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) hari ini.
Seramai 291 bakal jemaah haji akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5633 ke Jeddah pada 4.45 petang ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba kira-kira 8.10 malam (waktu Arab Saudi).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.