Mengapa SPRM Tidak Siasat Muhyiddin? – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempertikai kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak bertindak terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiadin Yassin ekoran sumbangan dana politik sebanyak RM1.3 juta dari Ultra Kirana Sdn Bhd.

Ini kerana katanya, semestinya pihak SPRM telah mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam pen drive tersebut.

“Pastinya SPRM telahpun mengetahui kandungan dalam ‘pen drive’ milik saksi. Siasatan SPRM tentunya sudah meneliti bahan bukti saksi sepenting itu dari syarikat UKSB, iaitu pihak pemberi.

“Jadi kalau SPRM dah tahu, tentunya pihak AG pun sudah tahu. Kalau badan penyiasat dan badan pendakwaan dah tahu, apa yang dinyatakan saksi dalam perbicaraan adalah dalam pengetahuan kedua-dua badan itu ketika membuat keputusan untuk mengheret Presiden UMNO,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke mahkamah.

“Apa yang dinyatakan oleh saksi pendakwaan bukan suatu yang diluar jangka malah semua dah memang tahu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambahnya, semasa pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) sudah pasti pemimpin mereka tahu apa yang terdapat dalam bahan itu.

“Ketika itu wakil-wakil PH yang menguasai kedua-dua badan iaitu SPRM dan AG (Hakim Mahkamah) dan mereka tahu bahan bukti itu akan membabit Tan Sri Mahiadin Yasin dan beberapa pemimpin politik yang berkenaan.

“Kalau kenyataan saksi dalam mahkamah Amerika Syarikat tentang pemberian wang oleh Tim Leisnner kepada Rohana mengerakkan SPRM untuk menyiasat Rohana, mengapa pula SPRM tidak bertindak sama pantas atas bahan bukti yang sudah diketahui hasil siasatannya sendiri,” katanya.

Justeru kata Shahrir lagi, kalau bukan Mahiadin yang didakwa menjadi sebab, begitu jugalah bukan Rohana yang menjadi tertuduh dalam mahkamah Amerika Syarikat.

Soalnya, siapa pula punya ‘game’ ini? – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.