Contohi Keempat-empat Tokoh Ini Yang Setia Pada Parti – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kesetiaan dalam parti adalah tunjang utama sesebuah parti.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang menjelaskan bahawa kesetiaan ahli dalam parti sememangnya penting bagi memastikan UMNO/BN menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

“Kesetian kepada parti inilah yang akan memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 15 yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

“Kempat-empat individu yang terakam dalam gambar ini ditemui ketika Majlis Makan Malam Barisan Nasional Maran malam tadi adalah Datuk Dr Ahmad Munawar bin Abdul Jalil adalah mantan Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga mantan ADUN Luit.

“Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail adalah mantan ADUN Chenor, Datuk Rosni Zahari adalah mantan ADUN Kuala Sentul. Manakala Nurhidayah Datuk Mohamad Shahaimi adalah mantan ADUN Luit,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Kata beliau lagi, persamaan keempat-empat individu ini adalah bekas wakil rakyat UMNO dan BN.

“Kesetiaan mereka kepada parti bukan bersifat membuta tuli atau takut kepada sesiapa, tetapi kerana keyakinan yang tinggi terhadap asas perjuangan parti yang sentiasa menjulang agama, bangsa dan negara di tahap paling tinggi.

“Persamaan yang paling menarik ialah mereka setia kepada parti serta masih membantu parti, meskipun tidak lagi menjadi wakil rakyat,”katanya lagi.

Seterusnya Wan Rosdy mengharapkan agar seluruh jentera parti perkukuhkan azam agar BN kembali menerajui negara.

“Ayuh pejuang parti kita bulatkan tekad dan perkukuhkan azam untuk kembali menobatkan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan,” ujarnya. – UMNO Online