Meneruskan Perjuangan Mencari Keadilan… Moga Dapat Bersihkan Nama Dari Segala Pendakwaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan perbicaraan dalam mencari keadilan berdepan pendakwaan berhubung tuduhan rasuah terhadapnya.

Dalam hal ini, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir memberikan sokongan moral.

“Meneruskan perjuangan mencari keadilan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Semoga berkat doa semua sahabat kita akan berjaya mendapatkan keadilan dan dapat membersihkan nama dari segala dakwaan yang dilemparkan,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya, hari ini

Terdahulu, Ahmad Zahid Hamidi berdepan 33 pertuduhan berjumlah 13.56 juta Dolar Singapura daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya melanjutkan kontrak pengendali Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta mengekalkan kontrak perjanjian membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SGD 1,150,000, RM3 juta, 15,500 Euro dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasminya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.