Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

PUTRAJAYA 10 Jun — KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyempurnakan Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini.
Turut berangkat pada Istiadat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Istiadat yang berlangsung kira-kira satu jam itu turut dihadiri Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Sri Muhaini Zainal Abidin.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.