Majlis Pecah Tanah Kilang

PEKAN 9hb Jun – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hadir di Kampung Paloh Hinai, Pekan pagi ini bagi menjayakan Majlis Pecah Tanah Kilang Fasa 1B, Green Technology Park (GTP) yang dibangunkan Nextgreen Global Berhad.Melalui majlis pecah tanah ini, 3 kilang akan dibina iaitu kilang tisu, kilang baja dan kilang makanan haiwan. Jumlah pelaburan bagi pembinaan kilang ini adalah sebanyak RM162 juta.Selain itu, dalam program yang sama, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Nextgreen Global Berhad dan pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.