PH Ini… Dorang Tengok PRU15 Macam Terjumpa Pontianak Pulak, Sinis Najib

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan sinis membidas Pakatan Harapan (PH) yang dilihat sangat takut berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“PH ini… dorang tengok PRU15 macam terjumpa pontianak pulak.

“Satu-satunya pembangkang dalam dunia yang takut pilihan raya dan tak mahu rebut peluang untuk berkuasa.

“Tak faham dengan mereka,” sindirnya dalam satu komen di status Facebooknya.

Terdahulu di statusnya itu, Najib mengambil petikan kenyataan seorang pemimpin PH yang berkata “Kerajaan hari ini adalah kerajaan pintu belakang tanpa mandat Rakyat. Bukan pilihan Rakyat. Pengkhianatan besar pada Rakyat. Bercanggah dengan perlembagaan, salah disisi undang-undang dan moral. Rakyat akan hukum.”

Tetapi bidas Najib, apabila disuruh buat PRU15 secepat mungkin untuk perbetulkan keadaan, memulihkan stabiliti dan memperolehi mandat sebenar dari rakyat, PH juga menolak dengan berkata:

“Tak boleh! Tak boleh buat PRU sekarang. Rakyat susah. Covid bahaya. Kluster mahkamah blah.. blah.. blah. Meh, kita signing MOU lagi supaya PH boleh terus sokong kerajaan pintu belakang tanpa mandat yang salah disisi perlembagaan, moral dan undang-undang.”

Perkara demikian tambah Najib jelas menunjukkan PH berada di dalam ketidaktentuan.

“Apatah PH??

“Kalau kita gelar korang giler, korang meroyan pulak,” sindirnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.