Ahmad Maslan Terima Kunjungan Organisasi Trust Indonesia

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menerima kunjungan sebuah organisasi Trust Indonesia.

Pelbagai perbincangan dan pandangan pada pertemuan ini berkaitan dengan isu-isu semasa dan bukannya perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan.

“Ini lebih kepada hubungan parti UMNO dengan organisasi Trust Indonesia.  Perbincangan antara parti UMNO sebagai sebuah parti politik bersama organisasi dari Indonesia iaitu Trust Indonesia atas isu-isu semasa.

“Perbincangan ini lebih kepada perkongsian maklumat dan pandangan berhubung apa yang berlaku hubungan di antara parti dan organisasi serta bukannya hubungan antara kerajaan dengan kerajaan,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Turut hadir Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Pegawai Eksekutif  Trust Indonesia, Febrian Amanda, Ananto GM dan Hasrul Housni.

Pertemuan hampir dua jam itu berlangsung di Menara Dato’ Onn di sini. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.