Ahmad Zahid Merafak Sembah Sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.

Beliau mendoakan semoga Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran dan kedaulatan.

“Begitu juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Putera, Puterinya semoga terus dirahmati dengan kesejahteraan.

“Patik dan saf kepimpinan parti sentiasa mendoakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Putera, Puteri mereka sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah S.W.T

“Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati dan merahmati akan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat,” katanya menerusi hantaran dalam laman facebooknya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.