Pendekatan BN Sentiasa Relevan, Pengalaman Tadbir Negara – Dr Noraini

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpandangan Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatannya tersendiri termasuk pengalaman dalam mentadbir negara.

Jelas beliau, pendekatan yang diambil BN selama ini juga relevan dan bukan hanya menabur janji palsu kepada rakyat.

“Kita menawarkan kestabilan parti ianya berdasarkan pengalaman mentadbir negara selama ini.

“… ianya tidak hanya memberikan harapan kosong kepada masyarakat tapi kita menawarkan satu kestabilan dengan mengambil kira setiap segmen,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia juga meluahkan kesyukuran dengan kesungguhan ditunjukkan jentera parti dalam persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

“Sudah semestinya harapan BN adalah untuk menang dalam PRU yang akan datang malah kita juga telah melihat komitmen daripada setiap parti dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.

“Masing-masing juga dilihat telah bersedia untuk menghadapi PRU ini dengan membuat persiapan yang rapi dan ini adalah pecutan terakhir kami untuk menghadapi pilihan raya,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.