Jentera BN Akan Lebih Fokus, Perkemaskan Mana Yang Kurang – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail penuh yakin dan percaya jentera parti akan lebih fokus untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dalam semangat yang cukup tinggi.

Apatah lagi kata beliau dengan segala amanat serta pesanan yang disampaikan oleh pimpinan parti serta pelbagai lontaran sepanjang Konvensyen BN semalam sudah pasti akan memberi banyak manfaat kepada parti itu sendiri.

“BN pahang sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi PRU. Masa bila dan sebagainya terserah tetapi melalui konvensyen hari ini (Rabu) sangat baik dan kita nampak dengan jelas kelihatan kesepaduan serta kerjasama komponen yang cukup erat dan apa yang penting kita memerlukan kestabilan politik supaya negara kembali sepertimana dahulu,” katanya kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang segala gerak kerja dan segala persiapan sudah pasti dapat diperkemaskan sebaiknya.

“Dalam proses kesiapsiagaan… cumanya kita mahu perkasakan…malah lebih fokus untuk menghadapi pilihan raya. Mungkin sekarang ini masing-masing telah melaksanakan tetapi dalam sudut yang berbeza dan sebagainya tetapi kali ini kita mahu yang lebih fokus untuk berdepan PRU nanti.

“Apa pun kita percaya dengan adanya konvensyen seumpama ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu kita di akar umbi lebih jelas dan lebih fokus untuk bergerak ke depan,” tambah Menteri Besar Pahang itu lagi.

Semalam BN mengadakan konvensyen dan sambutan ulang tahunnya ke-48 di World Trade Centre (WTC) dengan kehadiran pimpinan pelbagai peringkat serta pengisian pelbagai pembentangan serta ucapan pimpinan utama BN – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.