Tirai Konvensyen BN Dibuka Dengan Pendaftaran Peserta

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Tirai Konvensyen Barisan Nasional (BN) dibuka hari ini dengan pendaftaran perwakilan daripada barisan parti-parti komponen.

Bermula pukul 9.00 pagi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini mula didatangi oleh para peserta yang terdiri daripada ahli-ahli parti kompenan dalam BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS..

Acara konvensyen akan bermula pada pukual 10 pagi dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan BN yang disusuli ucapan aluan daripada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan pembukaan Konvensyen BN oleh Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menyusul selepas itu tiga diskusi diadakan yang bertemakan Masa Depan Barisan Nasional dan Barisan Nasional Membina Harapan Generasi Muda bersama panel jemputan.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Penasihat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak juga akan bersama pada diskusi terakhir yang bertajuk Barisan Nasional… Merangka Masa Hadapan bersama moderator yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Pada sesi petangnya pula Majlis Sambutan Barisan Nasional (BN) ke-48 akan diadakan bermula dengan ucapan dasar oleh presiden parti-parti komponen.

Perdana Menteri merangkap Naib Presiden BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga akan menyampaikan ucapan disusuli ucapan dasar Pengerusi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/06/ATURCARA-KONVENSYEN-BN-FINAL-FINAL-1-JUN.pdf”]

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.