Terus Yakini Tabung Haji, Jangan Terpedaya Lagi Dengan Fitnah – Norliza
KUALA LUMPUR, 31 Mei – Rakyat khususnya pendeposit Tabung Haji (TH) digesa agar terus menyakini keupayaannya dan jangan lagi terpedaya dengan fitnah.
Demikian gesa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim dalam hantaran menerusi laman facebooknya, hari ini.
“Alhamdulillah, pendeposit TH terus menyakini dan mempercayainya. Terus sokong.
“Jangan terpedaya lagi dengan fitnah perihal TH. Jangan keluarkan yg disimpan untuk mengerjakan ibadah haji dan sebagainya kerana berita fitnah,” katanya yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Terdahulu, dilaporkan Lembaga Tabung Haji terus mencatatkan rekod tertinggi dengan jumlah deposit mencecah RM88 bilion setakat Mei 2022 yang mencerminkan keyakinan umat Islam semakin kuat terhadap institusi pengurusan haji negara.
Jumlah deposit TH meningkat hampir 16 peratus kepada RM88 bilion daripada RM75.92 bilion yang direkodkan pada 31 Disember 2020. – UMNO Online