Kerajaan Perlu Gerakkan Kempen Penanaman Di Tanah Terbiar Untuk Jamin ‘Food Security’ – Sharkar

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan sudah tiba masanya pihak yang berkaitan khususnya Kementerian Pertanian melihat kepada soal kempen penanaman padi dan sebagainya lagi dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan makanan negara.

Jelas beliau itu adalah salah satu contoh dan sepertimana di Maran, penanaman padi di paya-paya terbiar boleh dijalankan secara menyeluruh di seluruh negara.

“Difahamkan penanaman padi di paya-paya terbiar di Maran, maka wajar Kementerian Pertanian mengadakan kempen tanam padi di paya-paya terbiar yang terdapat diseluruh negara.

“Kita mulakan sekali setahun kemudian kita boleh baiki infra yang ada secara perlahan-lahan hingga sampai keperingkat yang sempurna. Dalam keadaan geopolitk dunia yang tidak menentu, ‘food security’ adalah perkara yang terpenting, supaya rakyat ada makanan untuk dimakan,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Kata beliau lagi yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, trend negara-negara pengeluar menghentikan eskport sememangnya telah bermula.

“Ada duit tetapi negara pengeluar tidak mengeksport merupakan satu masalah. Harga komoditi makanan pun melambung tinggi. Kementerian mesti mencari jalan bagaimana untuk memulakan kempen ini, juga untuk tanaman, sayuran dan ternakan,” katanya lagi.  UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.