Anwar Janji Hapus Rasuah Jika Jadi PM Selepas PRU15… Apapun Rakyat Bijak Menilai

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr
Shamsul Anuar Nasarah berkata, rekod Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas menunjukkan beliau adalah adalah individu yang sentiasa tidak menepati janji.

Dr Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata demikian sebagai mengulas berkaitan Anwar yang berjanji akan membersihkan negara daripada amalan rasuah dan salah urus tadbir kerajaan sekiranya diberi mandat menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Janji memang boleh berjanji. Namun rekod Anwar Ibrahim jelas menunjukkan beliau individu yang sentiasa tidak menepati janji,” kata Dr Shamsul Anuar menerusi hantaran dalam laman facebooknya berkaitan hal terbabit.

Dalam masa yang sama beliau turut mengulang semula kata-kata yang kerap Anwar utarakan iaitu: “Hari ini kita menang … esok… turun …” yang meminta khalayak menyambung ayat terbabit.

Apapun kata Dr Shamsul Anuar, rakyat bijak menilai. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.