Menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik

MELAKA, 30 Mei — Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (empat, kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik dan Memorendum Persefahaman (MoU) antara Melaka Water Institute (MWI) dan Rakan Strategik hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Datuk Zaidi Attan (tiga, kanan).
Rakan strategik berkenaan ialah Jabatan Tenaga Manusia, PBA Resources Sdn Bhd dan Malaysian Water Academy Sdn Bhd.
MoU berkenaan ditandatangani dalam usaha melahirkan lebih banyak modal insan berkemahiran, profesional dan kompeten dalam industri air di negara ini menerusi MWI.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.