Gandingan Baharu Anwar-Rafizi Kekalkan PKR Parti Retorik – Puad

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan gandingan baharu Anwar-Rafizi mengekalkan PKR sebagai parti retorik, kerana kedua duanya pakar persepsi.

Katanya, mereka berdua memang sebati dan putar.

“Kemenangan besar Rafizi Ramli amat mengejutkan ia juga menunjukkan penolakan terhadap Anwar, ia juga tekanan kepada Anwar supaya bersara awal. Pengaruh Anwar merosot luar dan dalam.

“Majoriti ahli PKR memberi signal bahawa Anwar bukan lagi poster boy atau calon Perdana Menteri yang boleh diharap. Apatah lagi ramai pemimpin pro Anwar tewas di peringkat cabang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit bagaimanapun mempersoal kemenangan Rafizi yang seperti diketahui umum bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebagai ‘putar alam’.

“Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ada substance tetapi kesetiaan pada parti ketika susah dan senang tidak dapat membantunya untuk menang. Putar alam macam Rafizi lebih diterima… tiada jaminan PKR adalah parti reformasi.”

Katanya, ini berdasarkan keputusan pemilihan PKR yang berakhir semalam menyaksikan kem Anwar tewas di peringkat cabang.

Tedahulu, pemilihan PKR kali ini menyaksikan persaingan dua penjuru diantara Saifuddin dan Rafizi bagi jawatan Timbalan Presiden parti.

Bagaimanapun keputusan tidak rasmi menunjukkan Rafizi mendahului Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.