Perjuangan UMNO Berterusan, Rakyat Terus Dibantu

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin hari ini meneruskan komitmen membantu rakyat, kali ini dengan mengadakan Program Agihan Ikan Percuma.

Beliau berkata, program seperti ini dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat yang berhadapan dengan kenaikan harga barang sejak kebelakangan ini.

“Pagi ini saya bersama barisan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu mengadakan Program Agihan Ikan Percuma di Taman Rambai Utama dan Taman Rambai Jaya.

“Insya-Allah saya cuba sedaya upaya untuk membantu ketika kebanyakkan rakyat menghadapi kesukaran kerana harga barang makanan sedang meningkat naik ketika ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput turut meluahkan kesyukuran melihat penduduk sekitar yang teruja dengan bantuan dihulurkan beliau.

“Saya turut rasa gembira kerana dapat berkongsi rezeki dan melihat warga penduduk ceria menjadikan saya lebih bersemangat untuk meneruskan usaha seperti ini.

“Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada penduduk setempat yang memerlukan,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.