Norliza Lahir Kebimbangan Soal Kemurungan, Saran Kempen ‘Ambil Tahu’

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim melahirkan kebimbangan dalam soal kemurungan, lantas beliau menyarankan kempen ‘Ambil Tahu’.

Apatah lagi katanya, kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang seperti yang dijelaskan dalam infografik akhbar arus perdana menunjukkan pelbagai pihak perlu mencari jalan penyelesaian.

“Saya syor supaya diperkenalkan dan diperkasakan sesi kauseling Keluarga Malaysia, buka hotline Prihatin Keluarga Malaysia, adakan kekerapan rondaan di sepanjang jambatan serta meletakkan lebih banyak cctv (kamera litar tertutup),” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya berkaitan hal terbabit.

Tegasnya yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, masalah kemurungan ini boleh membantu secara bersama serta mereka yang berada di sekeliling kita.

Dilaporkan, kes terjun jambatan semakin meningkat dan data yang dikemas kini pada 24 Mei lalu adalah yang tertinggi sejak Januari lalu berbanding 14 kes direkodkan sepanjang tahun 2021.

Mengikut data, kekerapan kes terjun dari Jambatan Pulau Pinang berlaku di Kilometer 4.0 arah pulau menghala ke Seberang Perak. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.