UMNO Dan BN Temerloh Terus Dekati Rakyat, Tidak Bermusim

KUALA LUMPUR, 21 Mei – UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa dekat dengan rakyat terus menerus menjadi jambatan kepada masyarakat dalam usaha membantu serta menyelsaikan masalah yang timbul.

Begitu jugalah di Parlimen Temerloh apabila Ketua bahagiannya, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan barisan kepimpinan setempat lain yang sentiasa turun padang untuk memastikan mereka yang berdepan masalah dapat jalan penyelesain sebaiknya.

“Alhamdulillah seperti biasa semalam (Jumaat) saya berjumpa dengan orang ramai, kita akan cuba bantu dan selesaikan sebaik mungkin.

Ada juga yang memerlukan masa untuk menyelesaikannya. Ada juga yang perlukan Khidmat nasihat. Insya Allah kita akan bantu sebaiknya kerana  perjuangan UMNO dan BN tentunya mengutamakan kepentingan serta kebajikan rakyat,” katanya.

Menerusi titipannya di Facebook, beliau turut berkongsi bagaimana bantuan-bantuan yang dipohon dihulurkan sempena hari pertemuannya bersama rakyat.

“Semalam kita turut menyampaikan sumbangan-sumbangan yang di pohon malah turut menghadiri program Bengkel Keibubapaan oleh Kemas di peringkat Parlimen Temerloh. Terima kasih semua,” ujarnya.

Ujar beliau lagi yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, bantuan serta apa yang dilaksanakan selama ini bukannya secara bermusim sebaliknya berterusan demi kepentingan dan kebajikan rakyat.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.