Langkah Kerajaan Hapus Permit Import Makanan Tepat Untuk Rakyat – Norshida

KUALA LUMPUR, 19 Mei –  Tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan permit import (AP) dengan pemansuhan terhadap bahan makanan  amat dialu-alukan.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata langkah berkenaan tentunya bagi mengawal isu kenaikan harga makanan mentah yang semakin hari semakin tidak menentu dan tidak rasional menyebabkan kesan besar terhadap rakyat bagi meneruskan kelansungan hidup.

Jelas beliau harga makanan mentah dan basah seperti ayam, ikan, telur dan sayur naik melebihi 100 peratus itu belum termasuk dengan harga minyak dan bahan mentah lain yang juga turut naik membebankan rakyat yang sudah lama dihimpit dengan kesan pandemik COVID-19.

“Kenaikan harga juga dikaitkan dengan peningkatan harga bahan asas pertanian seperti racun dan baja juga dikaitkan dengan punca atau faktor kepada kenaikan harga pasaran barangan makanan asas untuk rakyat.

“Tindakan menghapuskan AP ini menunjukkan Kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajui Naib Presiden UMNO ini prihatin terhadap rakyat dan mampu membantu negara dari segi kadar inflasi yang kian meningkat serta membantu meningkatkan kuasa pembeli (puschasing power) rakyat yang lemah,” katanya kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi, keputusan ini juga membuka ruang dan mampu meningkat ekonomi pelbagai peringkat dimana ianya terbuka kepada para usahawan-usahawan untuk mengimport makanan dari luar negara mengikut spesifikasi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Walau bagaimanapun, saya juga menyeru kepada agar kerajaan mempelbagai inisiatif  bagi meningkatkan bekalan makanan supaya harga bekalan dapat diturunkan dan dalam masa yang sama memastikan kawalan terhadap mutu makanan yang dibawa masuk agar rakyat tidak terdedah dengan makanan yang tidak halal dan tidak bersih demi keselamatan dan kelansungan hidup rakyat sekarang ini,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.