Zahid Terima Kunjungan NGO Palestin, Sifatkan Perjuangan Akan Berterusan

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan kepimpinan parti yang lain hari ini menerima kunjungan delegasi Global Coalition For Al Quds And Palestin (GCQP).

Pertemuan yang berlangsung di Yayasan Al-Falah membincangkan beberapa perkara antara lain isu Palestin d.

Delegasi GCQP dibarisi Deputy Director General of Quds International Institution, Dr Ayman Zeydan, Director of Pioneers for Palestine InstitutionAnd myself, Dr Fathi Abdelkader, dan Chairman of Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) Muslim Imran.

Ahmad Zahid ketika ditemui UMNO-Online berkata kunjungan delegasi Palestin itu mewakili beberapa buah NGO daripada negara berkenaan dan juga beberapa buah negara arab yang mendokong perjuangan rakyat Palestin dan juga Baitul Maqdis serta Masjid Al-Aqsa.

“Apa yang diperbincangkan oleh kami ialah agar kita menjadi tuan rumah untuk persidangan antarabangsa Palestin yang melibatkan NGO yang mendokong perjuangan Palestin seluruh dunia dan kita dicadangkan oleh mereka untuk diadakan persidangan ini di Kuala Lumpur.

“Di samping itu beberapa kerjasama yang telah terjalin antara NGO di Malaysia terutamanya UMNO yang telah menakhodai beberapa usaha membantu rakyat Palestin terutama menerusi lawatan yang dibuat oleh Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dalam misi menghantar bantuan UMNO dan rakyat Malaysia untuk baik pulih dan ubahsuai beberapa tempat yang rosak di Masjid Al-Aqsa.

“Saya sendiri pada Ramadan yang lalu telah bercakap dengan Imam Besar Masjid Al-Aqsa dan beliau juga bagi jaminan kerjasama antara Malaysia dan Palestin ini diteruskan.,” katanya.

Selain Ahmad Zahid, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Zambry Abd Kadir serta Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi turut sama pada pertemuan berkenaan.

Ahmad Zahid seterusnya menambah, terdapat juga beberapa perkara lain yang diperbincangkan pada pertemuan berkenaan.

“Tentunya terdapat beberapa isu lain yang telah kita bincangkan terutamanya apabila di Tebing Barat terdapat usaha-usaha yang sangat agresif oleh pihak Israel untuk melakukan penempatan baharu dan tentunya masyarakat antarabangsa seolah-olah bisu mengenai perkara ini dan resolusi demi resolusi tidak memberikan keberhasilan.

“Namun Malaysia bersama dengan negara-negara lain atas nama agama dan kemanusian kita mahu memperjuangkan rakyat Palestin yang tidak ada titik noktahnya selagi Palestin tidak dibebaskan daripada cengkaman dan jajahan Israel,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.