Konsisten Demi Agama, Bangsa, Negara… Moga UMNO Terus Jadi Wadah Perjuangan – Farid Noor

BENTONG, 14 Mei – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Farid Mohd Noor menyeru ahli-ahli UMNO agar terus konsisten dalam perjuangan memperkasakan parti demi agama, bangsa dan negara.

Menurutnya, UMNO telah menempuhi pelbagai onak dan duri serta cabaran apatah lagi hilang kuasa akibat kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Alhamdulillah, dalam usia yang melepasi 76 tahun ini UMNO telah melalui pelbagai cabaran, onak dan duri berjaya diatasi, setiap halangan dilepasi dengan kesatuan dan perpaduan sesama ahli UMNO.

“Walau bagaimanapun harus ingat bahawa kita menyambut hari ulang tahun UMNO ini tidak jauh daripada tarikh kekalahan parti pada empat tahun yang lepas, semoga kita menjadikan peristiwa kekalahan itu sebagai satu pedoman dan iktibar agar ianya tidak akan berlaku pada masa hadapan.

“Sama-sama perbaiki kelemahan dan juga masalah yang ada dalam parti ini dengan niat supaya parti UMNO bertambah kuat dan kita kembali meraih sokongan daripada seluruh rakyat untuk PRU 15,” katanya kepada UMNO Online, di sini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.