EGM UMNO Hanya Meminda Klausa, Usul Dilulus Dalam Persidangan UMNO – Mohamad

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yakin perwakilan akan memberikan sebulat suara pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Ahad ini seperti mana yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Menurutnya, pindaan yang ingin dilaksanakan adalah untuk meminda ‘klausa’ yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO.

“Kita sudah luluskan masa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini dan semua perwalikan setuju serta sebulat suara. Secara ‘formality’ mengikut RoS dan kena buat EGM untuk meminda klausa dan kena buat spesifisik agenda.

“Dulu kita buat sepintas lalu sahaja supaya pemilihan UMNO ini dibuat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dan sekarang ini harus spesifisik. Klausa 10.16 yang ada mengatakan UMNO dibenarkan untuk memanjangkan tempoh khidmat pemegang jawatan 18 bulan selepas tamat tempoh ‘atau’ selepas masa enam bulan PRU.

“Kita tambah dan tidak ‘delete’ pada seksyen 10.16. Kalau nanti PRU pada masa dua tahun sama ada buat pemilihan atau tidak, pemilhan parti tetap tiga tahun tetapi ada ‘sub clauses’ tambah 18 bulan dan tambah lagi yang klausa 18 bulan itu dengan perkataan ‘atau’ enam bulan selepas setiap PRU peringkat Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO di Auditorium Menara Dato’ Onn, hari ini.

Justeru katanya, sekiranya diadakan pemilihan awal maka perpecahan dalaman akan terjadi untuk menyiapkan jentera UMNO bagi menghadapi PRU.

“We have to rebrand and reconstruct’ jentera UMNO dan ‘by that time’ kita tidak ada masa untuk melatih dan menyiapkan jentera. Perpecahan yang wujud bagi menghadapi PRU dan merupakan satu ‘suicidal’.

“Jangan bunuh diri… hadapi pilihan raya dulu dan itu adalah keutamaan kita. Pilihan raya dulu, lepas tu nanti kalau nak buat pemilihan parti… buatlah.


“Kalau nak jadi Presiden dan Timbalan Presiden, bertandinglah… bertanding secara adik-beradik. Kalah menang tidak akan mengakibatkan kita hilang kuasa dalam pentadbiran.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berharap EGM kali ini dapat diluluskan secara ‘formality’.

“Saya tidak nampak EGM ini tidak diluluskan secara ‘formality’. Kita sepatutnya mengadakan tempoh hari tapi kita tidak buat. Itu adalah merupakan SOP yang perlu dipenuhi untuk ‘register sociaty’ dan tata kelola kerja.

“RoS sebenarnya tidak boleh menguasai parti cuma memantau perjalanan parti sama ada mengikut perlembagaan parti atau tidak dan tidak merasa apa-apa halangan daripada RoS untuk meluluskan pindaan yang diluluskan dalam mesyuarat agung luar biasa,” katanya lagi.

Ujarnya, beliau meminta agar Setiausaha Agung UMNO (SUA) Datuk Seri Ahmad Maslan dapat menghantar pada RoS dan tidak ada apa-apa halangan dari segi ‘formality’. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.