Wacana Aspirasi ‘Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran’ Bakal Raikan Hari UMNO

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ibu Pejabat UMNO Malaysia akan menganjurkan Wacana Aspirasi UMNO bertajuk ‘Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran’ pada esok.

Program ini diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-76 yang dirai 11 Mei setiap tahun.

Wacana ini dijadual pada 9.30 pagi di Auditorium UMNO, Aras 4 Menara Dato’ Onn dan akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Antara panel yang bakal berdiskusi adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Radhuan Che Rose; Pengerusi Alumni Parlimen Belia Malaysia, Mohamad Nazrin Faiz dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun.

Wacana ini juga boleh disaksikan secara langsung menerusi media rasmi parti di Facebook serta Youtube UMNO Online.

Sementara itu, pada Ahad sambutan ulang tahun UMNO juga sekali lagi dianjurkan bersama Perhimpunan Agung UMNO Khas (PAU) dan jamuan Hari Raya Aidilfitri.

Terdahulu PAU Khas ini diadakan bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.

Ahmad Maslan sebelum ini memaklumkan bahawa pelaksanaan persidangan terbabit dibuat sebagaimana keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.